Wednesday, October 26, 2011

kata-kata hikmah

sekadar perkongsian bersama ...

Abi Ishak Ibrahim berkata

1- Seseorang tidak akan dapat menikmati  kelazatan menyembah Allah SWT  jika tidak membuang rasa lazat terhadap perkara keduniaan.

2- Kediaman syaitan itu di dalam darah manusia.

3- Orang yang mencari nafkah secara haram, Allah SWT tidak akan menerima doanya.

4- Kemuliaan itu bukan terletak pada pakaian yang cantik tetapi kemuliaan itu terletak pada Mengingati Allah SWT dan mematuhi ArahanNya.

5- Mereka yang mengejar kebendaan dunia dan pangkat kemuliaan serta menghabiskan masa dengan menghiasi diri adalah orang telah mati Kerohaniannya.

6- Orang yang sentiasa mengkaji Al-Quran akan sentiasa dilimpahi Kurniaan Allah SWT.

7- Mereka yang mencintai Allah SWT tidak akan kahwin dengan wanita melainkan kerana menerima Arahan Allah SWT.

8- Solat di malam hari amat memberi kesan kepada orang mukmin walaupun hanya dikerjakan sedikit sahaja.

Rujukan :

Kitab Tazkirah Awliya’. m/s : 147-148




No comments:

Post a Comment