Wednesday, October 26, 2011

wasiat ulama


4 Jenis Bisikan Hati
  1. Bisikan pertama dinamakan khatir خاطر (bisikan hati ),datang daripada Allah SWT yang dipenuhi dengan kebaikan dan ianya adalah hujjah untuk kita.
  2. Bisikan hati yang biasa diterima oleh manusia.
  3. Bisikan daripada Malaikat Mulhin, bisikan membawa kebaikan,ianya adalah penasihat kepada kita yang boleh dipanggil juga إرشاد.
  4. Bisikan syaitan yang dinamakan waswasah خاطر النفس merupakan keburukan yang menghalang kebaikan dan menyesatkan.

Wasiat Imam Ghazali. m/s: 132


kata-kata hikmah

sekadar perkongsian bersama ...

Abi Ishak Ibrahim berkata

1- Seseorang tidak akan dapat menikmati  kelazatan menyembah Allah SWT  jika tidak membuang rasa lazat terhadap perkara keduniaan.

2- Kediaman syaitan itu di dalam darah manusia.

3- Orang yang mencari nafkah secara haram, Allah SWT tidak akan menerima doanya.

4- Kemuliaan itu bukan terletak pada pakaian yang cantik tetapi kemuliaan itu terletak pada Mengingati Allah SWT dan mematuhi ArahanNya.

5- Mereka yang mengejar kebendaan dunia dan pangkat kemuliaan serta menghabiskan masa dengan menghiasi diri adalah orang telah mati Kerohaniannya.

6- Orang yang sentiasa mengkaji Al-Quran akan sentiasa dilimpahi Kurniaan Allah SWT.

7- Mereka yang mencintai Allah SWT tidak akan kahwin dengan wanita melainkan kerana menerima Arahan Allah SWT.

8- Solat di malam hari amat memberi kesan kepada orang mukmin walaupun hanya dikerjakan sedikit sahaja.

Rujukan :

Kitab Tazkirah Awliya’. m/s : 147-148




Friday, February 25, 2011

8 Perkara Menambahkan Iman

1-Mengenal Allah SWT dengan sebenar-benar kenal bukan sekadar lisan, tetapi kenal bersama cinta, takut kepada amaran Allah SWT, sebagaimana ulamak takut kepada Allah SWT.


2-Bertadabbur kepada Al-Quran Al-Karim sehingga apabila mendengar kalimah-kalimah Al-Quran dia akan bertambah imannya.

Bibir membaca, telinga mendegar, hati memerhati setiap patah perkataan. hati memahami maksud dan kehebdak Al-Quran, segala anggota melaksanakan kandungan ayat-ayat Al-Quran.


3-Mengenal dan mencintai Rasulullah SAW serta mengikuti setiap pergerakkan Rasulullah SAW




4-Berfikir kepada kejadian atau penciptaan Allah SWT yang amat unik, sehingga cara kita berfikir tersebut termasuk dalam kategori ibadat kepada Allah SWT.


5-Memperbanyakkan solat-solat sunat  dan perkara-perkara sunat seperti sedekah, Qiamullail dan puasa sunat hari Isnin dan Khamis setelah sempurna menunaikan perkara-perkara fardhu dan solat-solat Fardhu


6- Sentiasa berzikir kepada Allah SWT agar hati sentiasa hidup, yakni setiap detik dan pergerakkan hati di arahkan kepada ketaatan kepada perintah Allah SWT.


8-Menjadikan  Dakwah sebagai tugas rasmi dalam kehidupan walaupun pada zahir kita bertugas dengan  kerajaan atau majikan.
Tidak ada perkataan yang keluar daripada mulut seorang pendakwah yang Allah SWT tidak bayar dengan pahala dan Keredahaan Yang Maha Esa. Malah semuanya  lebih berharga dari permata dan berlian di Sisi Allah SWT.

Jangan lenyapkan 3 perkara penting dalam kehidupan anda

1-Tomakninah atau melakukan sesuatu perkara dengan tenang


2-Mempunyai cita-cita./الأمل


3-Bersikap benar./والصدق

Thursday, December 30, 2010

BAHAYA !!!

"misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jawatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897, Oleh Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi (tulis buku Negara Yahudi : 1895)

Nikmat ALLAH S.W.T yg sering dilupakan

Rasulullah SAW bersabda: "Dua nikmat yang sering menjadi kerugian kebanyakan manusia ialah nikmat kesihatan dan waktu lapang." Kebanyakan manusia tidak dapat menggunakan kesempatan ini melainkan sibuk dengan dunianya, terfitnah dengan nafsunya atau ditimpa sakit

Monday, December 27, 2010

TANAMAN UBAT

DIRIWAYATKAN oleh Khalid bin sa'id,ia bercerita:(suatu kali) kami bermusafir dan di antara rombongan kami ada Ghalib bin Abjar.Di tengah perjalanan ia jatuh sakit.Ketika sampai di Madinah,ia masih tetap sakit.Ibnu Abi Atiq lantas menjenguknya dan berkata,"ubatilah ia dengan biji-biji hitam(habbah sauda') ini.Ambil 5 atau 7 butir,lalu tumbuk halus,dan titiskan(tumbukan biji-biji hitam yang dicampur minyak itu) ke dalam hidungnya,di sisi ini dan di sisi ini.Sesungguhnya Aisyah pernah bercerita kepaduku,bahawa ia mendengar Nabi Muhammmad S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya biji hitam(habbah sauda') ini adalah ubat bagi segala penyakit kecuali racun.Saya ,(cerita Aishah) bertanya,"Apakah racun itu?"Baginda menjawab,"kematian".